|
|
- Ciri-Ciri kebanyakan rumah homestay di PAPITUSULEM :
- Rumah Papan
- Mempunyai Tiang Tinggi. Boleh masuk bawah rumah
- Ciri-ciri tradisional Jawa masih dikekalkan :
- Jenis Limasan Trajumas yang mempunyaipenambahan pada ruangan “emper” - Balkoni yang mengelilingi bangunannya.
- Jenis Limasan Lambang Sari yang mempunyai pembentuk atapnya, dimana terdapat balok penyambung antara “atap berunjung” dengan “atap penanggap”. Atap bangunan ini memiliki 4 buah sisi yang kesemuanya mempunyai bentuk tersusun 2 buah.
- Jenis limasan lawakan mempunyai 4 buah sisi atap dengan bentuk bertingkat kerana mempunyai sisi yang berbeza antara atap bahagian tengah dengan atap bahagian emper.
- Jenis Limasan Cere Gancet yang mana cara pembinaannya menggabungkan bahagian sisi empernya (balkoni). Titik pertemuan kedua-buah emper (Balkoni) ini di pergunakan sebagai saluran air hujan atau “talang air”. Pada saluran talang air ini disokong dengan penyangga agar struktur talang cukup kuat menahan air hujan yang turun untuk disalurkan pada tangki air.
|
No comments:
Post a Comment