Monday, 9 June 2014

SELAMAT DATANG KE PAPITUSULEM HOMESTAY



Homestay Di PAPITUSULEM :
  • Homestay adalah kemudahan tempat tinggal di satu satu tempat bagi pelancong-pelancong yang ingin bermalam di situ.
  • Berbeza dengan Hotel atau Chalet, para tetamu akan tinggal bersama dengan Tuan Rumah Homestay Tersebut, berinteraksi dengan lebih rapat, dan dapat mengalami secara langsung cara kehidupan mereka. Cara kehidupan termasuk makanan, kebudayaan, bahasa, tatacara dan sebagainya.
  • Program Homestay adalah satu program dari Kementerian Perlancongan pada tahun 1988, sebagai alternatif untuk meningkatkan industri perlancongan di Malaysia. Di sinilah keunikan kehidupan  sesuatu tempat dapat dirasai secara langsung oleh tetamu-tetamu, domestik ataupun dari luar negara.

Homestay PAPITUSULEM adalah Berasaskan :
  • Merasai Kehidupan Kampung :
    • Tinggal bersama keluarga angkat Petani / Orang Kampung
    • Hidangan Makanan ala Kampung
    • Aktiviti Harian bersama keluarga Angkat / Petani / orang kampung
    • Aktiviti bersama Masyarakat Setempat
  • Pertanian :
    • Melawat Sawah Padi (bermusim)
    • Melawat Kebun sayur-sayuran
    • Melawat Kebun Kelapa Mataq
    • Tempat pemprosesan Santan Kelapa
    • Melawat Sistem pengairan dan hasil padi terbaik di Malaysia
    • Melawat kilang pemprosesan Padi dan Beras
    • Melawat Kilang IKS yang berasaskan pertanian
  • Rekreasi :
    • Tapak Perkhemahan di tepi pantai dan kawasan pertanian
    • Berkayak di terusan dan di laut (Selat Melaka)
    • Menaiki bot menyusur pantai dan memancing
    • Memancing di taliair / memancing belut
  • Kebudayaan :
    • Persembahan Kompang
    • Persembahan Seni Silat
    • Persembahan Kuda Kepang
    • Persembahan Cempuling

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com  

Maklumat Lanjut Mengenai PAPITUSULEM HOMESTAY


Alamat :
Homestay PapitusulemPeti Surat 390, Km 37.5, Jalan Bernam, 45400, Sabak Bernam, Selangor
E-mail : papitusulemhomestay@yahoo.com 
Contact Person :
  • Zainurin bin Jubri       TEL : 017-2712260
  • Misnon bin Bini           TEL : 017-2570677 
Jawatankuasa Penyelaras Program Homestay PAPITUSULEM :
1) Zainurin bin Jubri (Penaung/Penasihat)    TEL : 017-2712260                      
2) Hj. Juli bin Katimin (Timbalan Pengerusi/Koordinator)
3) Hj. Ayob bin Majirin (Bendahari/Kerani Akaun)
4) Misnon bin Bini (Setiausaha)     TEL : 017-2570677                                 
5) Idi bin Mansor (Ahli Jawatankuasa)
6) Md. Saifudinizaini bin Ramli (Ahli Jawatankuasa)
7) Norhanis binti Subari (Ahli Jawatankuasa)
8) Noraini binti Teh (Ahli Jawatankuasa)
9) Musliah binti Darus (Ahli Jawatankuasa)

Segala Pertanyaan/Kemusykilan/Cadangan/Komen Mengenai Program Homestay Papitusulem boleh diutarakan melalui Email : papitusulemhomestay@yahoo.com

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com  
 * Gambar Di Atas : AJK Homestay Papitusulem Sedang Berbincang diketuai oleh Saudara Zainurin Jubri.
 Webmaster :
    Thank you to all picture owners in this website. Your picture worth thousands of  words....

TETAMU-TETAMU DARI KUMPULAN BACKPACKERS & TOURISM SELANGOR


TETAMU-TETAMU DARI KUMPULAN BACKPACKERS & TOURISM SELANGOR

Kumpulan BackPackers dan Tourism Selangor Yang telah Datang Ke Homestay PAPITUSULEM pada 13 & 14 Feb 2010. Seramai 60-70 Orang Yang datang dari Seluruh Malaysia telah Menjayakan Majlis yang Gilang Gemilang Ini. Antara Aktiviti yang Telah Dijalankan Termasuk :
  • Gotong Royong Membersihkan Kawasan Rumah Orang Kampung
  • Konvoi Motorsikal Dari Kelab-Kelab RC dan lain-lain Sekitar Selangor
  • Rewang Memasak untuk Makan Malam
  • Pertunjukan Silat & Kompang
  • Pertunjukan Wayang Kulit dan Gamelan
  • Konvoi Menyusuri Kawasan Sawah Padi dan Tepi Pantai
  • Melawat Kebun Kelapa Muda dan Kilang IKS (Industri Kecil & Sederhana)
Terima Kasih Kepada Kumpulan Backpackers & Tourism Selangor kerana Sudi datang ke PAPITUSULEM. Semoga terhibur & berpuas hati dengan segala aktivity yang telah dijalankan.

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

Element Hutan Di Papitusulem


Element Hutan Di Papitusulem 

Daya Tarikan: ELEMENT KEBUN DI PAPITUSULEM


ELEMENT KEBUN 
Apakah Nama Buah Ini??... Hanya di papitusulem... 
Kedamaian lorong yang mengusik jiwa... 
Rumah Homestay dengan latar bekanag kebun yang luas.... 
Buah Jambu air yang ranum..sedia untuk dipetik... 
 Kelapa Muda..... hanya diPapitusulem...

daya tarikan :ELEMENT LAUT DI PAPITUSULEM


LEMENT LAUT DI PAPITUSULEM 
 Pemandangan Matahari Terbenam Di Pantai PAPITUSULEM. Keindahan Yang Tidak Harus Disia-siakan.
 Perahu Nelayan Di Kawasan Pantai. Lautan adalah salah Satu Sumber Rezeki Orang kampung PAPITUSULEM.
Deruan Ombak Memecahkan Kesunyian Malam. Menyegarkan Minda & Memperkasakan Jati Diri.
 Pantai Yang Tenang, Menggamit Kedatangan Tetamu untuk Menikmati Kesegaran Udara yang Mengasyikkan.

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

daya tarikan ketenangan di SAWAH DI PERMULAAN MUSIM MENANAM PADI


SAWAH DI PERMULAAN MUSIM MENANAM PADI 
Jalan Utama Menghala ke Hujung Kawasan Sawah padi. Sayup Mata Memandang.
Sawah Padi Yang Telah di Ratakan dan Tanah Telah diGembur. Ini Adalah Process  Pertama untuk Penanaman Padi.
Sawah Padi Yang Telah Diisi Air. Sumber Air Adalah Dari Sungai Tengi. Cara Pengairan Adalah Melalui Palong Di Setiap Penghujung Kawasan Sawah.
Rumah Di Tepi Sawah. Permandangan Yang Menarik Terutama Semasa Matahari Terbit. Suasana Nyaman Yang Mengasyikkan. 
Suasana Matahari Terbenam Di PAPITUSULEM. Permandangan Yang Tak Dapat DiLupakan.
Senja Yang Tenang. Kelihatan Sekawan Burung Pulang Ke Sarang Selepas Berharian Mencari Makanan Di Sawah.
Rumah Sementara Di Kawasan Sawah. 

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com