Monday, 9 June 2014

SELAMAT DATANG KE PAPITUSULEM HOMESTAY



Homestay Di PAPITUSULEM :
  • Homestay adalah kemudahan tempat tinggal di satu satu tempat bagi pelancong-pelancong yang ingin bermalam di situ.
  • Berbeza dengan Hotel atau Chalet, para tetamu akan tinggal bersama dengan Tuan Rumah Homestay Tersebut, berinteraksi dengan lebih rapat, dan dapat mengalami secara langsung cara kehidupan mereka. Cara kehidupan termasuk makanan, kebudayaan, bahasa, tatacara dan sebagainya.
  • Program Homestay adalah satu program dari Kementerian Perlancongan pada tahun 1988, sebagai alternatif untuk meningkatkan industri perlancongan di Malaysia. Di sinilah keunikan kehidupan  sesuatu tempat dapat dirasai secara langsung oleh tetamu-tetamu, domestik ataupun dari luar negara.

Homestay PAPITUSULEM adalah Berasaskan :
  • Merasai Kehidupan Kampung :
    • Tinggal bersama keluarga angkat Petani / Orang Kampung
    • Hidangan Makanan ala Kampung
    • Aktiviti Harian bersama keluarga Angkat / Petani / orang kampung
    • Aktiviti bersama Masyarakat Setempat
  • Pertanian :
    • Melawat Sawah Padi (bermusim)
    • Melawat Kebun sayur-sayuran
    • Melawat Kebun Kelapa Mataq
    • Tempat pemprosesan Santan Kelapa
    • Melawat Sistem pengairan dan hasil padi terbaik di Malaysia
    • Melawat kilang pemprosesan Padi dan Beras
    • Melawat Kilang IKS yang berasaskan pertanian
  • Rekreasi :
    • Tapak Perkhemahan di tepi pantai dan kawasan pertanian
    • Berkayak di terusan dan di laut (Selat Melaka)
    • Menaiki bot menyusur pantai dan memancing
    • Memancing di taliair / memancing belut
  • Kebudayaan :
    • Persembahan Kompang
    • Persembahan Seni Silat
    • Persembahan Kuda Kepang
    • Persembahan Cempuling

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com  

Maklumat Lanjut Mengenai PAPITUSULEM HOMESTAY


Alamat :
Homestay PapitusulemPeti Surat 390, Km 37.5, Jalan Bernam, 45400, Sabak Bernam, Selangor
E-mail : papitusulemhomestay@yahoo.com 
Contact Person :
  • Zainurin bin Jubri       TEL : 017-2712260
  • Misnon bin Bini           TEL : 017-2570677 
Jawatankuasa Penyelaras Program Homestay PAPITUSULEM :
1) Zainurin bin Jubri (Penaung/Penasihat)    TEL : 017-2712260                      
2) Hj. Juli bin Katimin (Timbalan Pengerusi/Koordinator)
3) Hj. Ayob bin Majirin (Bendahari/Kerani Akaun)
4) Misnon bin Bini (Setiausaha)     TEL : 017-2570677                                 
5) Idi bin Mansor (Ahli Jawatankuasa)
6) Md. Saifudinizaini bin Ramli (Ahli Jawatankuasa)
7) Norhanis binti Subari (Ahli Jawatankuasa)
8) Noraini binti Teh (Ahli Jawatankuasa)
9) Musliah binti Darus (Ahli Jawatankuasa)

Segala Pertanyaan/Kemusykilan/Cadangan/Komen Mengenai Program Homestay Papitusulem boleh diutarakan melalui Email : papitusulemhomestay@yahoo.com

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com  
 * Gambar Di Atas : AJK Homestay Papitusulem Sedang Berbincang diketuai oleh Saudara Zainurin Jubri.
 Webmaster :
    Thank you to all picture owners in this website. Your picture worth thousands of  words....

TETAMU-TETAMU DARI KUMPULAN BACKPACKERS & TOURISM SELANGOR


TETAMU-TETAMU DARI KUMPULAN BACKPACKERS & TOURISM SELANGOR

Kumpulan BackPackers dan Tourism Selangor Yang telah Datang Ke Homestay PAPITUSULEM pada 13 & 14 Feb 2010. Seramai 60-70 Orang Yang datang dari Seluruh Malaysia telah Menjayakan Majlis yang Gilang Gemilang Ini. Antara Aktiviti yang Telah Dijalankan Termasuk :
  • Gotong Royong Membersihkan Kawasan Rumah Orang Kampung
  • Konvoi Motorsikal Dari Kelab-Kelab RC dan lain-lain Sekitar Selangor
  • Rewang Memasak untuk Makan Malam
  • Pertunjukan Silat & Kompang
  • Pertunjukan Wayang Kulit dan Gamelan
  • Konvoi Menyusuri Kawasan Sawah Padi dan Tepi Pantai
  • Melawat Kebun Kelapa Muda dan Kilang IKS (Industri Kecil & Sederhana)
Terima Kasih Kepada Kumpulan Backpackers & Tourism Selangor kerana Sudi datang ke PAPITUSULEM. Semoga terhibur & berpuas hati dengan segala aktivity yang telah dijalankan.

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

Element Hutan Di Papitusulem


Element Hutan Di Papitusulem 

Daya Tarikan: ELEMENT KEBUN DI PAPITUSULEM


ELEMENT KEBUN 
Apakah Nama Buah Ini??... Hanya di papitusulem... 
Kedamaian lorong yang mengusik jiwa... 
Rumah Homestay dengan latar bekanag kebun yang luas.... 
Buah Jambu air yang ranum..sedia untuk dipetik... 
 Kelapa Muda..... hanya diPapitusulem...

daya tarikan :ELEMENT LAUT DI PAPITUSULEM


LEMENT LAUT DI PAPITUSULEM 
 Pemandangan Matahari Terbenam Di Pantai PAPITUSULEM. Keindahan Yang Tidak Harus Disia-siakan.
 Perahu Nelayan Di Kawasan Pantai. Lautan adalah salah Satu Sumber Rezeki Orang kampung PAPITUSULEM.
Deruan Ombak Memecahkan Kesunyian Malam. Menyegarkan Minda & Memperkasakan Jati Diri.
 Pantai Yang Tenang, Menggamit Kedatangan Tetamu untuk Menikmati Kesegaran Udara yang Mengasyikkan.

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

daya tarikan ketenangan di SAWAH DI PERMULAAN MUSIM MENANAM PADI


SAWAH DI PERMULAAN MUSIM MENANAM PADI 
Jalan Utama Menghala ke Hujung Kawasan Sawah padi. Sayup Mata Memandang.
Sawah Padi Yang Telah di Ratakan dan Tanah Telah diGembur. Ini Adalah Process  Pertama untuk Penanaman Padi.
Sawah Padi Yang Telah Diisi Air. Sumber Air Adalah Dari Sungai Tengi. Cara Pengairan Adalah Melalui Palong Di Setiap Penghujung Kawasan Sawah.
Rumah Di Tepi Sawah. Permandangan Yang Menarik Terutama Semasa Matahari Terbit. Suasana Nyaman Yang Mengasyikkan. 
Suasana Matahari Terbenam Di PAPITUSULEM. Permandangan Yang Tak Dapat DiLupakan.
Senja Yang Tenang. Kelihatan Sekawan Burung Pulang Ke Sarang Selepas Berharian Mencari Makanan Di Sawah.
Rumah Sementara Di Kawasan Sawah. 

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 


Chalet Di Papitusulem


Chalet Di Papitusulem
Chalet yang terdapat Di Papitusulem.. Aman dan Damai.. 
Tempat Merehatkan badan................   Menenangkan     fikiran.. 
 Keindahan Alam di Papitusulem...
Keindahan Sawah.. Saujana mata Memandang... 
Angin Sepoi Sepoi bahasa.....Menggamit pengunjung menikmati keindahan Papitusulem.. 
Aktiviti Penangkapan Ikan Di Parit... 

identiti papitusulem (MENTARANG DI PAPITUSULEM)


MENTARANG DI PAPITUSULEM
  • Mentarang :
    • Sejenis Siput yang boleh didapati secara meluas di pantai PAPITUSULEM. 
    • Mentarang merupakan sejenis haiwan bercengkerang yang boleh dimakan.
    • Mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya tebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah.
    • Habitat di pantai yang berlumpur.
    • Kulit cengkerang amat sensitif kepada pergerakan. Tidak mudah untuk mencari Mentarang. Hanya mereka yang berpengalaman sahaja mampu mencari mentarang dengan jaya.
    • Kulit cengkerang mentarang amat nipis, keras dan tajam. Ia boleh melukakan jari semasa process mencari di dalam lumpur.
    • Mereka yang ingin mencari mentarang, perlu ditemani oleh orang kampung yang berpengalaman.
    • Pencari mentarang harus mengetahui keadaan pantai. Pasang / Surut pantai perlu diawasi untuk keselamatan.
  • Masakan :
    • Seperti makanan laut lain, mentarang boleh dimasak dan dimakan.
    • Antara Masakan Popular :
      • Rebus sahaja dengan daun kunyit dan garam secukup rasa. Cicah dengan sambal kicap
      • Masak sambal
      • Masak Tomyam Seafood
      • Boleh di Bakar begitu sahaja. Cicah dengan sambal kicap.
      • Pastikan sebelum dimasak, mentarang dibersihkan dengan sebaik mungkin. Pasir halus / lumpur biasanyer menyelaputi cengkerang mentarang.
Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

Lokasi Papitusulem Homestay

Lokasi :

  • peta lokasi di google map(<- Klik disini untuk tahu lokasi homestay)
  • Kampung Parit 7, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor, Malaysia
  • Berada di Daerah Sabak Bernam.
Bagaimana Hendak Ke PAPITUSULEM HOMESTAY :
  • Dari Kuala Lumpur (Kenderaan Sendiri)
    • Dari Jalan Kuching :
      • Terus Ke Menuju Ke Selayang
      • Exit ke MRR II (menghala ke Kepong/Sg. Buluh)
      • Terus Melalui Jalan Besar Sg. Buloh - Kuala Selangor, Menuju Ke arah Kuala Selangor
      • Melalui 3 Bandar/Pekan Utama : Kuala Selangor, Tg. Karang, Sekinchan.
      • Selepas Melalui Pekan Sekinchan, Balai Bomba Sebelah Kanan dan Terus (1 Kilometer) sehingga Melihat SignBoard "PAPITUSULEM"
    • Dari Puduraya (via North Klang Valley Expressway, NKVE) :
      • Terus Menghala Ke Jalan Tun Perak
      • Masuk Jalan Kuching, menghala ke Jalan Duta
      • Masuk Jalan Duta, menuju ke Arah Ipoh, Melalui NKVE.
      • Exit di Sg. Buloh.
      • Terus Melalui Jalan Besar Sg. Buloh - Kuala Selangor, Menuju Ke arah Kuala Selangor
      • Melalui 3 Bandar/Pekan Utama : Kuala Selangor, Tg. Karang, Sekinchan.
      • Selepas Melalui Pekan Sekinchan, Balai Bomba Sebelah Kanan dan Terus (1 Kilometer) sehingga Melihat SignBoard "PAPITUSULEM"
    • Dari Utara (Ipoh) :
      • Melalui PLUS Highway Menuju ke arah Kuala Lumpur
      • Exit ke Bidor, Perak
      • Menuju ke arah Teluk Intan
      • Menuju ke arah Hutan Melintang
      • Menuju Ke arah Sabak Bernam
      • Terus Melalui Jalan Besar Sabak Bernam - Klang, Menuju Ke arah Kuala Selangor
      • Melalui 3 Bandar/Pekan Utama : Sabak Bernam, Sungai Besar, Pasir Panjang.
      • Selepas Melalui Pekan Pasir Panjang, Terus sehingga melihat Sekolah Kebangsaan Sg. Leman di sebelah kiri dan Terus (1/2 Kilometer) sehingga Melihat SignBoard "PAPITUSULEM"
    • Dari Timur (Pahang) :
      • Melalui Lebuhraya Pantai Timur, Pekan Karak, Tol Gombak
      • Selepas Tol Gombak, Exit ke MRR II untuk menuju ke arah Sg. Buloh/Kepong.
      • Terus Melalui Jalan Besar Sg. Buloh - Kuala Selangor, Menuju Ke arah Kuala Selangor
      • Melalui 3 Bandar/Pekan Utama : Kuala Selangor, Tg. Karang, Sekinchan.
      • Selepas Melalui Pekan Sekinchan, Balai Bomba Sebelah Kanan dan Terus (1 Kilometer) sehingga Melihat SignBoard "PAPITUSULEM"
    • Dari KLIA / LCCT:
      • Gunakan Lebuhraya ELITE (Expressway Lingkaran Tengah) Menuju Ke arah IPOH.
      • Terus melalui NKVE dan Exit di Sg. Buloh.
      • Terus Melalui Jalan Besar Sg. Buloh - Kuala Selangor, Menuju Ke arah Kuala Selangor
      • Melalui 3 Bandar/Pekan Utama : Kuala Selangor, Tg. Karang, Sekinchan.
      • Selepas Melalui Pekan Sekinchan, Balai Bomba Sebelah Kanan dan Terus (1 Kilometer) sehingga Melihat SignBoard "PAPITUSULEM"
  • Menggunakan Perkhidmatan Awam :
    • Bus dari Puduraya : KL - Sabak Bernam - Teluk Intan Express
    • Bus Dari Klang : Klang - Sabak Bernam - Teluk Intan Express
    • Bus Henti-Henti : Puduraya - Kuala Selangor. Tukar Bas Kuala Selangor - Sabak Bernam
    • Teksi Puduraya : Tingkat 2 (Cari teksi ke Pekan Sekinchan atau Sg. Besar)
    • Keretapi : Ambil teksi untuk Ke Puduraya dan ambil pilihan untuk Menaiki Bas atau Teksi
Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com  

AKTIVITI SEMASA BERADA DI PAPITUSULEM HOMESTAY


  • Elemen I : Sawah Padi
  • Melawat Sawah Padi Yang Terbentang Luas, Saujana Mata Memandang
  • Jadual Musim Padi di Papitusulem (2x Setahun)
    • Feb / Ogos : Penanaman Padi Bermula
    • Mac / September : Pokok Padi Menjelma Di Sawah
    • Mei / November : Pokok Padi Tumbuh Menghijau Di Sawah
    • End June / Disember : Musim Menuai di PAPITUSULEM
  • Elemen II : Lautan
  • Melawat Keindahan Pantai Dan Lautan
  • Keindahan Semasa Matahari Terbenam Amat Mengasyikan
  • Boleh Mencari Identiti PAPITUSULEM : Mentarang di Tepi Pantai
  • Lawatan ke Industry Kecil dan Sederhana (IKS)
    • Pembuatan Kerepek
    • Pembuatan Bahulu
    • Pembuatan Lempeyek
  • Lawatan ke Pemprosesan Beras Padi
  • Lawatan ke Penternakan Ikan Air Tawar
  • Lawatan ke Kebun Kelapa Mataq (Minum Air Kelapa Muda) 
  • Lawatan Ke Bukit Melawati
  • Tempat Menarik Di Bukit Melawati :
    • Beberapa buah meriam lama
    • Menara tinjau
    • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
    • Makam Sultan dan kerabat diraja
    • Batu pancung
    • Perigi Lama 
    • Puluhan ekor lotong
  • Persembahan Seni Silat
  • Persembahan Kompang
  • Persembahan Kuda Kepang
  • Persembahan Cempuling 

Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com 

Rumah Rumah Agam untuk Program Homestay Di PAPITUSULEM


  • Ciri-Ciri kebanyakan rumah homestay di PAPITUSULEM :
    • Rumah Papan
    • Mempunyai Tiang Tinggi. Boleh masuk bawah rumah
    • Ciri-ciri tradisional Jawa masih dikekalkan :
      • Jenis Limasan Trajumas yang mempunyaipenambahan pada ruangan “emper” - Balkoni yang mengelilingi bangunannya.
      • Jenis Limasan Lambang Sari yang mempunyai pembentuk atapnya, dimana terdapat balok penyambung antara “atap berunjung” dengan “atap penanggap”. Atap bangunan ini memiliki 4 buah sisi yang kesemuanya mempunyai bentuk tersusun 2 buah.
      • Jenis limasan lawakan mempunyai 4 buah sisi atap dengan bentuk bertingkat kerana mempunyai sisi yang berbeza antara atap bahagian tengah dengan atap bahagian emper.
      • Jenis Limasan Cere Gancet  yang mana cara pembinaannya menggabungkan bahagian sisi empernya (balkoni). Titik pertemuan kedua-buah emper (Balkoni) ini di pergunakan sebagai saluran air hujan atau “talang air”. Pada saluran talang air ini disokong dengan penyangga agar struktur talang cukup kuat menahan air hujan yang turun untuk disalurkan pada tangki air.
Lokasi :
  • Rumah di bahagian Baruh :
    • Berhampiran dengan laut
    • Boleh berjalan kaki untuk ke Pantai
    • Dikelilingi oleh pohon kelapa laut yang menjulang tinggi dan kelapa sawit yang menghijau
    • Boleh menikmati matahari terbenam di laut.
    • Pencarian Mentarang adalah sesuatu yang tidak dapat dilepaskan.

  • Rumah di bahagian Darat :
    • Dikelilingi oleh Sawah Padi yang terbentang luas, saujana mata memandang
    • Dapat melihat permandangan matahari terbit di ufuk timur
    • Melihat aktiviti penanaman padi dengan lebih jelas
    • Aktiviti memancing dan menjala di terusan /  Tali air.
    • Suasana kehidupan dan permandangan yang sukar didapati di tempat lain.
Sila Hubungi En. Zainurin (017-2712260) untuk maklumat Tempahan & Pertanyaan.  Email :papitusulemhomestay@yahoo.com